Bengkel pilihan keluarga di Rantau Panjang
Servis Utama ATG Auto Tech
ATG Auto Tech merupakan bengkel kereta bersistematik di Rantau Panjang yang fokus kepada servis MPV, SUV, 4×4 dan kenderaan keluarga. Kami membantu pemilik kenderaan memastikan prestasi enjin, sistem aircond dan keselamatan kereta sentiasa berada pada tahap terbaik melalui servis yang telus dan profesional.
ATG menyediakan servis bengkel kereta lengkap khusus untuk Kereta MPV, SUV dan 4×4, antara servis kami:
Diagnostik enjin
Pemeriksaan menggunakan komputer diagnostik bagi mengenal pasti secara terperinci dan tepat untuk kenal pasti masalah prestasi, enjin lambat hidup, atau penggunaan bahan api yang tidak normal.
pembaikan kereta mpv, suv & 4x4
Membaik pulih kereta dan menyediakan pilihan alat ganti original dan OEM berkualiti mengikut keperluan dan bajet pelanggan.
Servis berkala (Enjin/gear oil)
Memastikan prestasi kenderaan dalam keadaan baik dan optimum untuk jangka hayat lebih panjang, penukaran seperti:
Minyak enjin, minyak gear, minyak brek, penapis minyak, penapis udara dan spark plug mengikut jadual pengeluar.
flushing & servis aircond
Sistem penyaman udara kereta adalah salah satu aspek penting bagi keselesaan pemanduan, menggunakan teknik moden serta peralatan khusus bagi memastikan sistem aircond anda berfungsi dengan baik.
Dipercayai oleh top brand
Statistik kami
Di ATG Auto Tech , kami berbangga dengan pencapaian dan kepercayaan pelanggan kepada kami.
*Statistik dari data webmax
0%
Repeat customer
0+
Kenderaan diservis
0
mekanik & pekerja mahir
0+
kereta dibaiki
0
Pelanggan berpuas hati
0
tahun pengalaman
REview pelanggan
“Servis terbaik lah bengkel kereta ATG ni..mse call bengkel dah tutup tp owner patah blek mai bengkel utk kami..kalau uolsss kete rosak n repair ape2 sila la ke bengkel ni..support orang kita...servis layanan sangat2 baik...terima kasih ATG mudahkan urusan kami..”
Hana Sofea
Rantau Panjang
Pomen Rp paling trusted adik kakok segalo jenis nyakit kereta boleh ejah di ATG 🔥🔥🔥 Boleh pakak ii support blako terr 🚗⚙️
#Ketopunoh? ingat ATG 🔥
Zulhafiz Juu
Rantau Panjang
FAQ – Soalan Lazim Bengkel atg membaiki kereta, MPV, SUV & 4x4
01 ATG Auto Tech pakar dalam servis kereta jenis apa?
ATG Auto Tech ialah bengkel kereta MPV ,SUV & 4x4 di Rantau Panjang yang memberi fokus kepada servis Kereta MPV, SUV dan 4x4 termasuk Alphard, Vellfire, SUV moden dan kenderaan keluarga. Kami menyediakan servis minyak hitam, servis aircond kereta, pemeriksaan enjin dan penyelenggaraan berkala.
02 Di mana lokasi bengkel ATG Auto Tech?
ATG Auto Tech beroperasi sebagai bengkel kereta di Rantau Panjang, Kelantan. Kami menerima pelanggan dari sekitar Pasir Mas, Lubok Jong dan kawasan berhampiran yang mencari bengkel kereta MPV, SUV & 4x4 yang dipercayai.
03 Adakah perlu buat temujanji sebelum datang ke bengkel?
Kami menggalakkan pelanggan membuat booking slot servis kereta MPV, SUV & 4x4 terlebih dahulu bagi mengelakkan masa menunggu yang lama. Anda boleh WhatsApp ATG Auto Tech untuk tempahan servis minyak hitam, servis aircond atau pemeriksaan enjin.
04 Berapa kerap perlu servis minyak hitam untuk MPV atau SUV?
Kebiasaannya, servis minyak hitam kereta MPV, SUV & 4x4 disarankan setiap 5,000km hingga 10,000km bergantung kepada jenis minyak enjin dan penggunaan harian. Di ATG Auto Tech, kami akan memberi cadangan servis minyak hitam yang sesuai untuk kenderaan keluarga anda.
05 Apa tanda aircond kereta perlu servis?
Jika aircond kereta kurang sejuk, berbau atau bunyi pelik, itu tanda anda perlu buat servis aircond kereta di bengkel kereta MPV, SUV & 4x4 Rantau Panjang, ATG Auto Tech. Servis awal dapat mengelakkan kos pembaikan yang lebih tinggi.
06 Adakah ATG Auto Tech sesuai untuk kereta keluarga?
Ya. ATG Auto Tech dikenali sebagai bengkel pilihan keluarga di Rantau Panjang kerana fokus kami kepada keselamatan, keselesaan dan prestasi MPV, SUV serta 4x4 untuk kegunaan harian dan perjalanan jauh.
07 Apakah servis yang paling kerap dilakukan di ATG Auto Tech?
Servis paling popular di bengkel kereta ATG Auto Tech Rantau Panjang ini termasuk servis minyak hitam MPV, SUV & 4x4 adalah servis aircond kereta, pemeriksaan brek, pemeriksaan suspensi dan penyelenggaraan berkala kenderaan.
08 Kenapa pilih ATG Auto Tech berbanding bengkel lain di Rantau Panjang?
ATG Auto Tech ialah bengkel bersistematik untuk kereta MPV, SUV & 4x4 di Rantau Panjang yang beroperasi sejak 2020 dengan pendekatan servis telus, penerangan jelas dan mekanik berkemahiran dari Sijil Kemahiran Malaysia (SKM 3 ke atas) dan berpengalaman dalam bidang automotif. Kami memberi fokus khusus kepada penjagaan kereta keluarga.
