Skip to content Skip to footer
Tentang Atg auto tech

Rakan Penjagaan Kereta Yang Dipercayai

Selamat datang ke Auto Tech Group (ATG), sebuah bengkel Bumiputera yang  bersistematik dan mempunyai 16 Bay.
Ditubuhkan pada 2020 menjadikan bengkel automotif pilihan anda dan keluarga untuk servis & pembaikan kereta MPV, SUV dan 4×4, servis aircond, serta perkhidmatan valet (ambil & hantar kereta)  bertempat di Rantau Panjang, Kelantan.

 

Kami percaya setiap kenderaan memerlukan penjagaan terbaik. Dengan gabungan kepakaran mekanik berpengalaman, penggunaan peralatan moden, serta komitmen terhadap kualiti kerja, ATG sentiasa menjadi pilihan utama pelanggan yang mengutamakan keselamatan dan ketenangan fikiran.

Di ATG, kami bukan sekadar membaiki kereta, kami menjaga keselesaan, keselamatan, dan kepuasan anda sebagai pelanggan.

Sama ada untuk servis segera atau penyelenggaraan berkala, pasukan kami sedia membantu.

Hubungi ATG hari ini & alami perbezaan servis profesional kami.​

visi

Menjadi sebuah Pusat servis kereta MPV, SUV dan 4×4 milik Bumiputera yang terkemuka di Kelantan dengan kualiti kerja yang baik dan harga berpatutan.

misi

  • Menjadi bengkel yang sistematik melalui penambahbaikan berterusan serta menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi bagi memenuhi kehendak pelanggan.
  • Kami berperanan sebagai penasihat kepada pelanggan bagi memastikan kenderaan dijaga dengan baik dan mengikut kaedah yang betul.
  • Menjadi salah satu Pusat Servis Bumiputera yang menawarkan sistem pembelajaran sambil bekerja kepada sekolah-sekolah automotif Tvet (pembangunan modal insan).
  • Menjadi Pusat Servis Kenderaan yang menyediakan perkhidmatan tempahan dan rekod servis secara digital melalui sistem aplikasi serta valet.
Perkhidmatan membaiki kereta secara menyeluruh

Kami memastikan kenderaan anda dalam keadaan yang optimum dan selamat

pembaikan kereta, mpv, suv & 4x4

Mekanik berkemahiran kami akan memastikan kenderaan anda dalam keadaan yang optimum.

diagnosis enjin

Kenal pasti masalah kereta dengan cepat dengan diagnostik terperinci.

minyak enjin & gear

Pastikan enjin anda sihat dengan penukaran minyak yang pantas dan komponen kereta dalam keadaan baik.

Flushing & Servis aircond

Nikmati perjalanan yang lebih sejuk & selesa dengan mesin servis aircond berteknologi.

TEAM ATG

Kami adalah pasukan yang berkemahiran dan berkelulusan.
Norshaida Fariza

Pengarah ATG

Abdul Karim

Eksekutif Operasi

Aishah Rafie

Admin & Akauntan

Muhammad Hakiim

Mekanik Automotif

mohd Akram

Mekanik Automotif